favorite colour |
Dilarang membuat pusingan U
sekiranya sudah putus, sebaiknya jangan berpatah balik. Buat sakit hati saja. yakinlah anda dapat bertemu dengan pengganti yang lebih baik darinya.
Jalan dua hala
komunikasi dalam bercinta harus ada dua arah. jangan hanya dimonopoli oleh satu pihak saja. sekiranya satu pihak bersuara maka satu pihak lagi cubalah jadi pendengar yang setia. begitulah sebaliknya.
Awas!! Jalan berbukit
Hati-hati! hubungan anda sedang berhadapan dengan masalah, jangan terlalu cepat membuat keputusan yang merugikan anda. Fikir sebaik-baiknya.
Jalan Bengkang-bengkok
perjalanan hubungan anda dan dia masih jauh lagi dan penuh berliku. jangan mudah tidak tepati janji.
Pejalan Kaki
Biarkan si dia berlalu dan jangan terlalu mengharap padanya. Mungkin dia belum lagi ada rasa untuk bercinta. Banyak lagi jalan lain yang boleh anda ikut.
Sedang dalam pembinaan
Hubungan anda dan dia baru saja hendak dibaik pulih. dalam proses persefahaman semula laluilah jalan ini terus secara perlahan-lahan. jangan terlalu memaksa dan mendesak. jangan ungkit lagi masalah lama sebaliknya mulakan pengalaman baru.
Jalan sempit
Hendaklah lebih berhati-hati kerana anda dan dia semakin melalui jalan sempit. andainya tidak bertolak ansur pasti akan menghadapi bencana. oleh itu, sekiranya anda sedar akan masalah ini, cubalah mengalah dan tidak hanya mementingkan ego sendiri.
Jarakkan kenderaan
Biarpun anda berfikir sudah seia sekata untuk menjadi pasangan kekasih, namun anda patut memberi ruang pada si dia untuk hal-hal peribadi. janganlah terlalu mengongkong dan mahukan setiap bersamanya. namun jangan pula terlalu jarak sehinggakan memberi ruang padanya berkenalan dengan orang lain. itu lebih bahaya!!!!
Jika anda ikuti 'tanda jalan' ini dengan teliti, anda akan dapat mengatasi masalah-masalah atau halangan yang mungkin timbul.
kata orang, cinta itu buta..tapi jangan sampai tak mampu melihat baik dan buruk kalau terlalu asyik dengan cinta sesama manusia...
ReplyDeletebetul betul betul.. cinta dengan Maha Pencipta berkekalan dunia akhirat.....
ReplyDelete