Monday, October 10, 2011

Coretan hati

...entah mengapa walaupun aku selalu cuba mengelaknya namun selalu saja perasaan simpati mengatasi rasa benci....
...entah mengapa walaupun setia itu sudah menjauh pergi namun selalu saja perasaan kasih itu menenggelami rasa marah....
...entah mengapa walaupun semakin jauh aku ingin pergi namun bayanganmu selalu mendampingi...
dan entah mengapa walaupun resah ini tak pernah terjawab namun jawapanmu menenangkan jiwa yang bergelora....



Saturday, October 8, 2011

berjoging untuk kesihatan

....bermula petang semalam saya dah mulakan kempen gaya hidup sihat..walaupun tidak berjoging sepenuhnya tetapi sebagai permulaan berjalan 21/2 pusingan padang rasanya sudah memadai....petang ini Insya-Allah akan meneruskan lagi..kalau boleh nak berlari-lari....mulai hari ini saya berjanji dengan diri sendiri untuk berjalan kaki saja ke pasar malam dekat rumah...selalunya berkereta sana-sini...
ready untuk berjoging
semoga hari-hari mendatang akan menguatkan semagatku untuk terus menjaga kesihatan demi hidup yang lebih baik...

Friday, October 7, 2011

The Lovely Bones

Menonton filem 'The Lovely Bones" sungguh menyayat hati dan menyentuh perasaan....filem ini akan diingat walaupun sudah lama ditayangkan...Adakah filem2 kita mampu menyentuh hati penonton?  Bagaimana mahu menjana minda masyarakat kita kalau disogokkan dengan lambakan filem2 kurafat dan tahyul?  Filem cinta hingusan yang tidak berpijak di bumi nyata....kalau suatu ketika dahulu kita selalu menganggap filem2 bollywood yang sebegitu..Namun hari ini filem bollywood juga sudah jauh meninggalkan kita...mereka juga sudah berjaya mengangkat filem mereka ke persada dunia...sudah banyak filem yang dihasilkan mampu menyentuh perasaan..cinta akan negara dan bangsa...Filem kita masih bertahan dengan "Bukit Kepong", "Sarjan Hassan", "Embun" dan beberapa lagi...tidak ada yang baharu..kalau hampir nak menyambut Hari Kebangsaan, filem2 inilah yang ditayangkan...bukannya 'Hantu Bonceng", "Karipap2 Cinta", "Bini-biniku Gangster"dan entah apa2 lagi yang jauh daripada menyentuh jiwa bangsa dan tanah air....Sampai bila masyarakat kita mahu berkhayal menjadi kaya....sifat dengki-mendengki...menggunakan kepandaian ilmu hitam untuk menjatuhkan orang lain..meraih cinta dan sebagainya yang terlalu melarat untuk mengundang kita berfikir secara kreatif dan kritis....














Sekianlah luahan rasa kecewa hanba....

Wednesday, October 5, 2011

sebuah catatan





Tanpa pena yang mampu menulis
hanya catatan di hamparan rasa
sebuah cerita suka dan duka
yang belum berpenghujung....

tanpa suara yang bisa berkata-kata
hanya luahan rasa di luar minda
antara cerita suka
terselit cerita duka.....

bukan mahu meraih sanjung
bukan juga meminta dijunjung
sekadar rasa yang tak bisa diselindung
kerna hidup ini akan berpenghujung....

biarkan cerita suka
mengaburi cerita duka
agar tiada sengketa yang tiba
bertamu tanpa sengaja.



Luahan rasa....

Tuesday, October 4, 2011

Menyesal

Menyesal?  Mungkin sedikit rasa yang masih tinggal....salahku?  Memang salahku...kuakui betapa dalam diamnya aku sesungguhnya aku mendambakannya...CINTA....
Setelah kulepaskan semua rasa yang mungkin ingin kauucapkan...kini kau pergi meninggalkan aku...aku hanya mampu berdoa agar kebahagiaan mengiringi bahtera rumah tangga yang kau layari...mungkin ada sedikit kekesalan kerana melepaskan kau pergi....begitu kata orang...cinta itu mudah datang dan mudah juga pergi...Namun, dalam hidupku..terlalu sukarnya cinta itu datang dan begitu mudahnya ia pergi...hanya MASA yang mampu mengubat rasa yang digores kecewa...
Ada ketikanya saat bersendirian...kurenungi cinta yang sudah kulepaskan...cinta pertama, cinta monyet yang tak ke mana perginya...cinta kedua..terlalu banyak diamnya dari bersuara...cinta ketiga...akupun tak pasti adakah itu cinta..cinta seterusnya? mungkin masih ada waktu...andai suatu hari nanti cinta itu datang...akan kusambut dengan tangan terbuka...biarlah hati tidak bersuara....

Hanya bahagia yang kuharapkan....

Sekian saja luahan rasa untuk kali ini....(berdasarkan kisah benar?)

Sunday, October 2, 2011

Harga sedikit masa...





Bukannya teman nak marah sangat..cuma sikap yg menyebabkan teman rasa 'budak2' sekarang ni yg tidak tahu membezakan 'sibuk' dgn 'menyibuk'...walaupun dari akar kata yang sama, namun ia jauh berbeza...Teman cuma nak meluahkan rasa..bukannya apa..semoga ke depan ini 'budak2' ni sedarlah bahawa mereka cuma baru merasa makan garam, jadi kenalah ada rasa hormat kepada 'senior2' yang dah tak larat nak makan garam....pelbagai rencah telah kami rasa bukan setakat secubit garam cuma...antara sikap 'budak2' ni yang nak teman tegur:
tempat orang ramai2 macam ni, janganlah buat hal sendiri!

1.  Kalau di tempat awam yang ramai ada di sana(contohnya di tempat makan), janganlah buat tak endah kehadiran orang lain..kalaupun nak bercerita benda2 secret, jangan depan orang ramai berbisik-bisik..tak elok sgt perangai tu..(sok..sek..sok..sek) isshh sakit mata teman nengoknya...
Udah rupa ini, saper nak suka 
2.  Kalau berselisih di jalan jangan 'menonong' jer, dah tu tarik muka masam...apa kamu ingat kamu jer yang ada masalah dunia?
3.  Kalau berjanji jangan sengaja lupa atau buat-buat lupa...kononnya sibuk...sesibuk manapun pandailah membahagi masa..itulah orang suruh berguru betul2, tapi sekadar di mulut...di jiwa? kosong....hampehh!!
4.  Kalau nak senyum, biarlah ikhlas...jangan senyum tawar@pahit....tak gemo bebeno teman nengoknya...banyak masalahpun jangan dibawa ke tempat kerja...senyum itu satu sedekah yang paling mudah untuk mendapat pahala!!

Sebenarnya banyak juga teman nak himpunkan teguran kat sini tapi cukuplah dulu....esok-esok kalau 'deme2' tu buat lagi perangai macam ni..akan teman 'sound' cantik2 punya...

Sekian sekadar renungan bersama...yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang elok itu budi, yang indah itu bahasa....! Tidak ada ruginya kalau menjaga budi bahasa...Budi bahasa itu melambangkan bangsa...jangan sampai bangsa kita dicemuh kerana perangai 'tak elok' 'budak2' hingusan ini.....