Wednesday, October 20, 2010

warkah rindu

titis-titis embun begitu menyegarkan
warkah rindu buat seorang teman...

apa khabarmu sekarang?
benarkah begitu banyak penderitaan
yang kautanggung hingga tiada lagi ruang untukku membebanimu...
atau masihkan ada ruang walaupun sejengkal
aku bukan seperti belanda yang tak pernah cukup dan asyik meminta
diberi sejengkal mahu sehasta
diberi betis mahunya paha...
aku tidak begitu teman..
cukuplah sedikit waktu dan ruang untuk aku bertamu
menemani suka dan dukamu
aku tahu bahawa hatimu pernah terluka
dan aku tak mungkin bisa membalutinya
cuma pintaku
jangan kaulindungi laramu
kerana aku masih lagi temanmu
yang setia mendengar keluh kesahmu
yang sedia menerima buruk baikmu
yang tetap akan menangis kerana simpatiku
seputih kapas..begitulah rasa sayangku padamu
yang akan tertawa bersama tawamu jua....
teman,
benarkah telah kaupadamkan semua kisah antara kita?
telah lupakan engkau pada janji kita
bahawa kita akan tetap berteman walau beribu halangan tiba
walau jauh di mata
namun tetap di hati...
sudah lupakah engkau akan sayang yang pernah kita bina?
ke mana lagi rindumu telah kaubawa
bukankah aku masih di sini
menanti penuh setia
hingga ke akhir usia....
semerah mawar begitulah rindu ini mengalir dalam darahku

hati kita pernah berjanji..
coretan pena....effiesy, 20 Oktober 2010(5.14pm)

No comments:

Post a Comment