Friday, October 29, 2010

duka ini biar kusimpan

angin
hembuskan semua kedukaan ini
biar berlalu pergi
jangan tinggalkan sedikitpun debu kehampaan
nyahkan ia dari sisiku


malam
tenangkan lenaku bersama rindu kedamaian
jauhkan aku dari api dendam
kerana aku mahu hidup lama


siang
tumpahkan cahaya mentari pagimu
pada kasihku yang semakin malap
buatku terkedu lantaran hilang kata-kata


angin malam yang menyapa
leburkan segala rasa dendam dan kecewa
kembalikan siangku yang ceria
kerana aku ingin hidup lebih lama



coretan pena, effiesy

No comments:

Post a Comment