Saturday, December 17, 2011

Aku tak akan bersuara

.....izinkan aku hanya mencoret dengan tinta merah ini..maafkan aku seandainya aku tak mampu lagi untuk bersuara...i'm so tired to trying at all....
biarlah malam menjadi teman setiaku..
bukan aku tak mahu untuk meneruskan, cuma aku tak mampu lagi untuk bertahan...bukan aku tidak punya kesabaran, namun tahap kesabaran itu telah melampaui batasnya..cuma yang masih ada hanyalah secebis keyakinan bahawa suati hari nanti akan ada sinar yang menerangi jalanku...walaupun hanya cahaya bintang di malam hari...
...bukankah aku telah mencuba? dan aku tidak mahu meneruskannya lagi..biarlah aku di jalanku walau tiada sesiapa yang mahu menemani...kalau hanya aku yang mencuba dengan dayaku yang makin melemah..apakah hasilnya? ingin sekali aku tanyakan padamu...tidakkah engkau juga telah mencuba dengan dayamu yang gagah? hanya Tuhan saja yang tahu apa yang tersirat di hatimu dan aku tahu apa yang tersirat di hatiku!!
walaupun dilindung awan kau tetap akan bersinar
...dan kerana kelesuan yang bersarang..dan kebenaran yang ternyata, maka aku tidak akan bersuara lagi untuk sekadar mendambakan kasihmu yang entahkan ikhlas atau hanya sekadar di bibir saja...bukan aku berdendam terhadapmu..cuma aku merasakan yang masa untuk aku terus berharap sudah sampai ke penghujungnya...hanya maaf yang kupinta seandainya aku tidak akan lagi bersuara untuk cintamu!!
...hanya aku dan malam yang memang serasi bersama...malam dan bintang-bintang di langit menjadi penyeri hidupku kini...kerana malam tak akan pernah mendustai...dan bulan akan selalu menyinari pada malam dan bintang yang akan sentiasa memagarinya tanpa jemu...
di sini tiada kedukaan
indahnya cahayamu wahai bintang malam
kau penyeri wajah purnama
tintarasa: effie-18 Disember 2011~Ipoh, Malaysia

Friday, December 16, 2011

tinta merah(1)

Tinta Merah

di sini
aku hanya ada dirimu
yang membangunkan rasa
kecewa rindu duka dan bahagia

di sini
jua adanya segala rasa
yang membuahkan rasa cinta
sayangku ada di sini
dan di sini juga
kita bersama dalam suka dan duka

di sini
aku namakan tinta merah
kerna aku tak bisa berjuang menumpahkan darah
aku hanya insan biasa
hanya dengan tinta ini aku bersuara
dan merahnya adalah himpunan rasa

di sini
akan kulakarkan memori kehidupan
biar suka
atau duka








di sinilah akan aku bersuara...

Apa maknanya impian?

keindahan hutan yang kini telah dicemari dek kerakusan manusia
berlaku pemanasan global
mengapa kita masih berpeluk tubuh?
habitat haiwan juga dimusnahkan
alangkah damainya pemandangan begini

setiap manusia di dunia ini hidup dengan memasang impian yang tinggi..maka berlangsunglah kehidupan itu walaupun dilanda pelbagai masalah dan halangan..tetapi atas dasar manusia yang diberikan akal kita masih mampu meneruskan kehidupan ini walaupun dengan seribu kepayahan..akal yang dianugerahi oleh Allah perlu digunakan sebaiknya demi kehidupan di dunia ini..dan seandainya kita gagal mengawal akal dan hati maka akan menyesallah di kemudian hari nanti...

setiap hari yang kita lalui akan menjadi sejarah dan kenangan setelah hari-hari itu berlalu pergi...dan setiap kesilapan yang dilakukan harus diperbetulkan agar tidak menanggung perasaan bersalah sepanjang masa..tiada manusia yang tidak melakukan kekhilafan seperti kata pepatah lama, bumi mana yang tidak ditimpa hujan dan lautan mana yang tidak bergelora?! kehidupan ini ada segalanya...namun di akhirnya nanti kita hanya mengharapkan akan sebuah kebahagiaan...di akhirat tentunya!!

dan dengan akal itu jugalah manusia menjadi berani..berani menempuh segala kemungkinan..berani menghadapi segala cabaran dan berani mendepani kesulitan dan kekecewaan..walaupun kebahagiaan itu masih jauh untuk digapai...dengan akal itu jugalah kita mampu menjadikan dunia ini berseri walaupun masih ramai manusia yang tidak menggunakan akal lantas mencemarkan dunia yang indah ini..manusia sebegitu sanggup melakukan apa sahaja demi kesenangan sementara...dunia menjadi seolah-olah padang permainan mereka..sanggup menggadaikan maruah diri malah sanggup pula menggadaikan kehidupan orang lain..

maka janganlah kita runsing dengan masalah dunia...teruskanlah kehidupan ini di landasan yang telah ditentukan oleh Allah, maka kita akan kekal selamat di jalan-Nya..Insya-Allah...
 dan gapailah segala cita dan impian...selagi nafas nadi masih berdenyut di urat darah dan selagi akal masih waras dan iman masih teguh...!!!


catatan: tinta merah memohon maaf andai coretan2 di sini menyinggung mana2 pihak di luar sana...from FL with LOVE...PEACE NO WAR!!  HIDUP PALESTIN!! SEMOGA ALLAH MEMBERIKAN KEKUATAN IMAN DAN KEKENTALAN FIZIKAL BUAT SAUDARA2KU DI SANA!!

Thursday, December 15, 2011

Masihkah kau ingat?

.....mungkinkah masih kau ingat lagi?
kalau kau tak ingat tidak mengapa kerana lagu ini akan mengingatkan kita pada masa-masa dahulu....

Biarlah

ombak rindu 1


ombak rindu 2




jangan pernah berkata benci andai di hati masih ada secebis kerinduan..biarpun sakit dan menderita namun bukan kita yang menentukan kesembuhannya..biarlah...masih ada ruang untuk bernafas walaupun penuh keperitan..biarlah

masih ada di sudut hati ini sedikit ruang untuk diisi dengan rasa kasih dan sayang walau sebesar manapun...bak kata peribahasa, kecil tapak tangan, nyiru aku tadahkan@ sekecil manapun hati ini masih ada ruang sebesar dunia ini untuk kuisi dengan cinta...biarlah

jangan pernah berundur andaipun diasak dengan kekecewaan...jangan fikirkan kebencian..jangan fikirkan dendam..walau hati luluh..walau retaknya seribu rindu..biarlah..bawalah kerinduan itu bersama kesunyian malam..keheningan dan kebeningan hati itu adalah kedamaian yang dicari-cari setiap manusia..biarlah luka di hati sembuh sendiri walaupun parutnya masih menyesakkan...biarlah

renunglah ke hadapan dan tinggalkan kisah semalam
aduhai hati...aku bersyukur atas ketenanganmu..biarpun dilanda kerinduan namun kau masih mampu bertahan..walaupun diasak kedukaan kau masih mampu bertenang..biarpun dihiris sembilu duka namun kau masih mampu meneruskan perjalanan hidupmu..biarlah..dan aku terima semua itu sebagai rencah kehidupan yang sementara ini...bukan kehidupan namanya andai tidak dirundung kekecewaan..hidup ini adalah kehidupan yang bermula dengan tiada dan akan tiada di hujungnya nanti..
....hanya cinta pada-MU yang abadi.....

Sunday, December 11, 2011

Tanpa


tanpa kata maka hilanglah segala bicara
tanpa rasa maka hilanglah perasaan
tanpa cinta maka hilanglah kasih sayang
tanpa sayang maka hilanglah kemesraan
tanpa budi maka hilanglah kesopanan
tanpa bahasa maka tiadalah perkataan.

segala bicara
dengan perasaan
cinta dan kasih sayang
maka bermula dengan kemesraan
dan budi bersambut dengan penuh sopan
tanpa perlukan perkataan.

tiada kata-kata
yang perlu diungkapkan
jika di hati tiada keikhlasan
maka berdiamlah
sehingga ketemu titik permulaan.

Saturday, December 10, 2011

someone like you

mungkin kita tak pernah melafazkannya..namun dari tutur kata dan bicaramu aku tahu yang engkau juga ada perasaan itu..tapi itulah seperti kata orang...sudah bukan jodohmu...maka kita tidak lagi seperti waktu-waktu dahulu..apa yang aku kesalkan hanyalah satu..kau berikan aku harapan, dan akhirnya kau bawa harapan itu bersama orang lain...namun aku tidak menyesal kerana melepaskan kau pergi..memang ada hikmah di sebaliknya..melalui fb aku melihat gambar-gambar perkahwinanmu..dan aku tidak merasa apa-apa rasa terkilan dan seumpamanya..memang aku bukan pilihanmu dan aku bersyukur sekali...dan pilihanmu itu nampaknya memang sesuai sekali denganmu...
seperti pohon-pohon kelapa ini....
aku masih mampu berdiri walaupun sering dibadai ribut...
aku juga tak takut berumah di tepi pantai.....
Dan seandainya kau tahu bahawa aku tidakpun merasa kecewa, cuma hanya mahu mengungkapkan rasa...biarlah aku bebas dari segala rasa kecewa dan dendam..biarlah aku bebas meneruskan hari-hari mendatang..biarlah..dan biarlah aku dengan caraku sendiri dan sesungguhnya aku bahagia begini...

Aku adalah diriku...aku masih punya rasa dan janganlah engkau merasa gembira kerana meninggalkan aku...!
tintarasa-effie, Felda Lasah, 11 Disember 2011...hidup ini terlalu singkat untuk kita lalui dan laluilah dengan perasaan bersyukur...dan hargailah setiap detik yang telah kita tinggalkan....
 
My sweetheart....

Friday, December 9, 2011

Bukan aku tak cinta...

sunggguh benarlah kata orang..kalau hati berkata sayang dan mulut berkata benci itulah tandanya cinta..benarkah? dan aku pernah membenci seseorang sehingga dia menjauhkan diri lalu pergi..
.....sungguh jauh dikau pergi..berpisah untuk selamanya...tiada lagi senyum mesra dan gurau senda...ingin kuturut bersama..apa daya ku takterdaya...

entahlah..memang aku tak suka dia..apa yang hendak aku katakan lagi..sudahlah..memang dia bukan jodohku...dan kini aku bahagia dengan caraku sendiri..kata orang kalau ada seseorang yang mampu memahami..mudah juga kita nak menghilangkan stress..boleh juga jadi tempat mengadu susah dan senang..begitu kata mereka...

aku cuma inginkan sebuah kehidupan yang sederhana dan bahagia...kekayaan bukan dambaan yang utama..hanya ketenangan yang dicari..dan juga peneman untuk hari-hari tua nanti..

semakin kita fikirkan semakin sempit pula rasanya jalan untuk menuju kebahagiaan itu..hanya jalan menuju kemusnahan yang terbentang luas..tidak perlu dicari..hanya menunggu sahaja mangsanya..andai tersilap langkah maka buruklah padahnya!!

....kumeniti awan yang kelabu..kutempuhi lorong yang berliku..mencari sinar yang menerangi..kegelapanku..kupercaya pasti suatu masa..sang mentari kan menyinar jua...

Usah bersedih sayang....





kelmarin dan waktu-waktu dahulu
adalah gurindam jiwa lara
yang kita layari penuh sengsara
hari ini dan waktu-waktu begini
bersama saratnya dendam
bersama beratnya penanggungan
kita heret bersama suka dan duka
ke pelabuhan gerhana....

Dan setelah kita lalui
ranjau duri dan jarum berapi
terselit di celahan kerongkong yang tersumbat
dengan darah yang membeku
dengan resah yang menggila
kini kita tidak lagi
kini kita telah langkaui
jeram yang sarat dengan gelora
batu-batu kecil yang lemah tenggelam
di dasar keperitan silam....

Usah bersedih lagi
walau terhimpun segunung mimpi
tidak berpenghujung
mari kita junjung
cita-cita dan impian bermakna
dengan bahtera di lautan bahagia!

merakam kenangan di Jabbal Rahmah
bersama kakandaku Hajah Rohayah




p/s: puisi gelora untuk seseorang yang kurindui.....
catatanrasa oleh tintamerah......effie, Ipoh, 7 Disember 2011- 9.09am....

Tuesday, December 6, 2011

Aku dan kenangan...

bergambar di hari raya
Kenangan indah....zaman sekolah rendah...pergi sekolah ramai2 lalu ikut bukit, naik bukit, turun bukit, lalu pula kolam ikan...dalam kolam ikan inilah duit belanja adik aku jatuh...jalan melenggang sangat..akibatnya duit yg dibungkus dalam sapu tangan jatuh...hehe..pernah sekali kuih lepat labu yang jadi bekal aku jatuh dan terseret sama dengan aku-aku sekali menggelongsor turun bukit...tinggallah separuh..separuh lagi dah kena pasir...masa sekolah rendah juga aku ada geng...geng anak peneroka dengan geng anak pegawai...bukan ramaipun anak pegawai tapi berlagak...geng aku diketuai oleh nuar..siap main nyorok2 dalam hutan lalang mengendap geng satu lagi nak berlawan...hahaha...seronok sungguh!!
Aku dalam darjah 5
bergambar di kedai gambar bersama adik
dan 2 orang kakak

Kenangan indah di sekolah menengah....sekolah dekat dengan rumah, jadi tidaklah berjalan jauh...masa tingkatan 2 aku sudah dilantik menjadi pengawas sekolah....cikgunya mantan pengarah pelajaran perak....dapat cikgu disiplin yang tegas dan garang..tapi aku seronok..banyak tunjuk ajar yang diberikan...masa tingkatan 5 aku dikenali sebagai pengawas sombong...mungkin sebab aku susah untuk tersenyum..tapi seronok sebab ramai yang takut...hehe
Kenangan paling indah semasa aku di tingkatan 6, sekarang disebut pra-Universiti...masa itu aku duduk di asrama sebab sekolahnya jauh dari rumah...kena ke bandar lain..lagipun tak ada transport...di sinilah aku kenali ramai kawan dari tempat2 yang berlainan...ada dari kuala kangsar, sungai siput, gerik, lenggong, malah sampai ke pengkalan hulu/keroh...siap bagi gelaran lagi, kalau dari cegar galah kami gelar chicago, dari karai kami gelar karachi dan macam2 gelaran lagi...sebab aku datang dari felda lasah, mereka gelar dari black area...hehe...macam-macam..seronok kerana duduk di asrama...
di dewan asrama smckk

jangan marah yer kawan2...picture ni memang sempoi

Kenangan indah sewaktu di universiti...jumpa lebih ramai kawan...macam2 perangai pelik yang tak pernah aku sangkakan akan aku temui...baru aku sedar betapa dunia ini penuh dengan pelbagai cabaran...tahun pertama aku menjadi freshie yang sangat baik...ikut kumpulan 'dakwah'..pernah juga ikut buat demonstrasi...bersyukur kerana tidak tertangkap dan dikenakan tindakan...tahun ke-2 aku dah mula menjauhkan diri sedikit demi sedikit daripada kumpulan tadi sebab bimbang kena 'kick'..ada seorang kawan aku dari ipoh yang kena buang kerana gagal disebabkan asyik 'berkumpulan'....dan tahun-tahun seterusnya aku menjadi lebih kuat dan mandiri...adalah kawan2 yang baik sampai sekarang...tetapi kebanyakannya lost in action!!



Kenangan di zaman sudah bekerja.......paling banyak...suka dan duka menjadirencah dalam kehidupan................terlalu banyak untuk diceritakan...






Rindu



,,,,rindu mengapa rindu hatiku..tiada tertahan..kautinggalkan aku seorang....kalau hatiku sedang rindu pada siapa kumengadu..kerna hati bertanya selalu..berlinanglah air mataku...akan kucari walau ke mana..kini aku berkelana..ke hujung dunia..engkau kucari....

bait2 lagu lama nyanyian Allahyarham Biduan Ahmad Jais...

....Oh burung nyanyikanlah..katakan padanya aku rindu....

Perasaan rindu bukanlah sesuatu yang bisa dipaksa-paksa..kadang2 ia datang secara tidak disengajakan..apakah punca yang menyebabkan seseorang itu berasa rindu?@kangen? kata seorang kenalan dari seberang "kangen berat deh.."
Menurut firasatku ada beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu rindu...:-

1.  Disebabkan perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap seseorang
2.  Berpunca daripada lamanya masa tidak bertemu/bersua muka
3.  Jarak yang amat jauh antara 2 individu yang sedang merindu
4.  Banyak kenangan manis bersama individu yang dirindui
5.  Individu itu banyak memberikan kata2 perangsang dsbgnya
6.  Selalu berhubung melalui SMS atau telefon
7.  Mungkin juga kerana ada janji yang diungkapkan sewaktu berpisah dahulu...

Entahkan betul ataupun tidak firasat hamba ini...
Dan beberapa sebab/punca yang menyebabkan kita tidak merindui seseorang...:-

1.  Perselisihan faham yang berlaku antara kedua-dua individu
2.  Ada perasaan dendam di hati
3.  Ada hutang dengan individu itu
4.  Hanya kenalan biasa
5.  Tiada tindakbalas kimia( ini kena tanya guru kimia)
6.  Tidak pernah/jarang sekali berSMS@calling2
7.  Ada perasaan benci@sakit hati terhadap individu berkenaan...

P/S:  hanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian tintamerah@ jangan marah kalau saya salah!!

Puisi rindu buat Sang Kekasih....

ada rasa yang membuai di dada
ada resah yang menerjah di jiwa
ada rindu yang bertamu di rasa
entah bilakah lagi ada pertemuan
selepas perpisahan ini
entah adakah lagi kemesraan
jika rindu tenggelam di hati...

pernah ada rasa
pernah ada cinta
namun sudah berlalu
dibawa angin sengsara
akan ada rindu
walau hanya dalam lagu
walau hanya seketika waktu
setiap kata dipegang menjadi janji
setiap madah diluah tanda memuji
dan setiap kata dan janji itu bersatu menjadi RINDU!

nukilan rasa~effie, Ipoh, 6 Disember 2011-4.13pm

Monday, December 5, 2011

kenangan lalu...flash back(2)

Pendirian saya masih belum goyah walaupun dia cuba menggoda-goda saya...hari ini terfikir yang sesungguhnya aku masih kuat berpegang pada pendirian diri...
sekadar hiasan
Selepas keputusan SPM diumumkan..result dia dan mantan kekasihnya tidaklah sebaik result saya...jadi saya berjaya meneruskan persekolhan ke tingkatan 6...dan cerita saya dan arwah syed seolah-olah sudah tiada sambungannya...namun saya salah...pernah beberapa kali saya bertembung dengan dia..malah sewaktu di hostel pernah jugalah saya 'terjumpa' dengan dia..waktu itu khabarnya dia bekerja sambilan di projek membina stesen bas KK...banyak juga kenanganku di stesen bas ini...saya seolah pernah terdengar suara dia menegur saya bertanya khabar...'apa khabar sayang'...hmmm memang dia belum berputus asa...saya masih tidak ada hati untuk menerima 'cinta' dia tapi saya dapat merasakan kasih sayangnya!

senyuman manis


Selepas 2 tahun belajar di KK saya melanjutkan pelajaran ke universiti...maka semakin jauhlah jarak antara saya dengan arwah syed...cuma pernah sekali waktu saya balik bercuti semester saya terserempak dengan dia di pekan SS...waktu itu dia sudahpun berkahwin...khabarnya dengan saudara jauh dia...kalau tak silap saya, waktu saya terserempak dengan dia, dia bersama seorang budak kecil...mungkin anak dia...masa itu saya yang menegur dia..dia hanya tersenyum...saya tak tahu apa yang tersirat di sebalik senyumannya itu..tetapi yang pasti saya tidak pernah melupakan dia!!
Sampai sekarangpun saya masih mengingati dia walaupun dia sudah lama meninggalkan dunia ini....waktu saya mendapat berita yang dia sudah meninggal dunia daripada seorang mantan guru kami..saya terkejut dan seolah-olah tidak percaya...cerita guru itu yang arwah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya...dia menunggang motosikal...kejadian berlaku di bandar KK...

Perasaan saya berbaur dengan rasa sedih dan tidak percaya...saya berfikir sejenak...kalaulah saya terima cintanya dulu..adakah saya yang akan ditinggalkan menjadi balu?
Sampai sekarang saya sudah tidak tahu apa-apapun tentang kisah hidupnya yang ditinggalkan..keluarganyapun saya tidak pernah berjumpa lagi...



Walaupun cerita ini semacam cerita kartun tetapi bagi saya itulah kenangan terindah dalam hidup....
catatan tintamerah: kepala masih sakit kerana tidak cukup tidur....