Wednesday, February 8, 2012

Mari kita kongsi cerita ini...

: MELIHAT MASALAH DARI KACAMATA "S"

Seorang guru memegang segelas air dan bertanya kepada anak muridnya.“Berapa beratkah air ni?”

“10 ml!”“15ml!”,“50ml!”“100ml!” Murid-murid menjawab.

Bagus! tetapi saya sendiri tidak pasti berapa berat air ni kerana saya tidak menimbangnya. Ok bagaimana kalau saya memegang gelas ini selama seminit?

“Tiada apa-apa!” Murid menjawab

Kalau saya memegang selama setengah jam?

“Tangan lenguh!” Murid menjawab,

Ok adakah berat gelas ini berubah, bertambah berat misalnya?

“Tidak!” murid menjawab.

Ok bagaimana pula kalau saya memegang setengah hari?

“Tangan cikgu boleh kebas dan kena hantar ke hospital kerana lumpuh”, salah seorang murid menjawab diikuti dengan gelak ketawa satu kelas.

Guru tersenyum,“Bagus! Hmm bagaimana pula kalau saya pegang cawan ni satu hari? dua hari? seminggu? setahun?”

Murid-murid mula pening, gilo ker apo?

Ok kalau macam tu bagaimana nak mengelakkan saya dimasukkan ke hospital?

“Lepaskan sahaja gelas itu!”

Ya , itulah jawapan yang saya cari. Begitulah ibarat dengan masalah yang kita hadapi. Kita masih bertahan jika kita menanggung beban satu masalah itu dalam masa yang singkat tetapi kalau masalah itu dibawa ke satu masa yang lama, ia akan menjadi berat walau pun sebenarnya beratnya adalah sama.

Jadi setiap masalah yang kita hadapi tu janganlah dibawa, segala masalah hendaklah diselesaikan atau dilupakan selewat-lewatnya sebelum kita tidur supaya masalah itu tidak menghantui kita keesokan harinya. Jadi pada setiap pagi kita bangun otak kita jadi fresh dan bersedia menghadapi hari baru dengan lebih ceria dan penuh semangat.

Ini dapat mengelakkan stress dan kemurungan yang silap-silap boleh menyebabkan kita ke hospital sakit jiwa.

Ingat…“Lepaskan sahaja gelas itu!”

“Segala masalah di dalam hidup ini pun sama. Kita simpan dalam kepala kita sedikit, kita rasa OK. Fikir lama-lama, mula sakit kepala. Lama dan lama lagi kita terlalu fikirkan masalah itu, kita mula tertekan dan kita hilang fokus untuk buat perkara lain.”


Diambil daripada Brunei Forum.

Monday, February 6, 2012

Pengembara luka

ibarat mencari sebuah singgahsana
terlalu jauh perjalannya..
dan ketika ditemukan mahligai itu
lelahpun belum hilang
kuncinya pula hilang
maka tiadalah kesampaian..

hati adalah sebuah bahtera
belayar di lautan bergelora..
jauh perjalanan menuju pulau kesejahteraan
jangan hilang kompas pedoman
agar selamat mencapai tujuan...

lelahnya aduhai pengembara
jalan dituju terlalu jauh dan lama
lukapun lambat benar sembuhnya
dan hati menjadi dingin
sedingin salju di benua nan panas
langkahpun tiada lagi hala yang nyata
maka kembalilah wahai pengembara
biar sembuh luka dan sengsara
kerana di sini adalah penamat masa
untuk perjalanan sementara.


Rimbarasa lara,
effie_7 Februari 2012_@ Felda Lasah.

Sunday, February 5, 2012

Terima kasih

Hanya sebuah ucapan
ketika hati berasa gembira
dan sebenarnya sebuah ucapan itu mungkin cukup
untuk kita mengungkapkan rasa yang tersimpan..

Terima kasih
dan dalam ungkapan itu
ada rasa yang tidak terucapkan
kerana hanya hati yang tahu
ada rasa gembira di hujung ucapan itu..

Dan terimalah ucapan itu
setulus dari yang memberi
dan tiadalah rasa untuk dikongsi
selain kebahagiaan yang dirasa..

Thursday, February 2, 2012

1 Februari...

semalam 1 Februari...semalam juga adalah hari ulang tahun kelahiranku..walaupun tiada majlis istimewa, namun dengan ucapan dari kawan2 di FB dan HP..terasa juga istimewanya hari semalam..teringat lagu kumpulan Alleycats...sekuntum mawar merah di bulan Februari...tapi dah terlupa liriknya..
dan masih kuingat juga berpuluh tahun dulu..hari ini begitu istimewa kerana akan datang kad ucapan istimewa daripada orang yang istimewa juga..tetapi kini orang itu mungkin sudah melupakan aku...tak mengapalah..aku juga tidak mengharapkan kehadiran kad ucapan istimewa itu lagi...akupun sebenarnya sudah letih menanti dan menanti..I'm so tired now..jadi apa yang kuharapkan pada hari istimewa ini hanyalah kesihatan yang baik dan berpanjangan...juga usia yang panjang jika diizikan oleh-Nya...
setahun lagi usiaku bertambah..pada usia sebegini banyak pengalaman hidup yang dirasa dan menambahkan lagi kematangan minda dan rasa..aku juga berdoa agar Allah mengurniakan usia yang panjang serta kesihatan yang baik buat kedua-dua ibu dan ayahku...tanpa mereka maka tiadalah aku di dunia ini..sesungguhnya ayah dan ibulah yang telah banyak berkorban demi hidup kita di dunia ini...
Dan sememangnya aku letih untuk menanti sesuatu yang tidak pasti...
dan ketika ini aku bahagia seadanya...aku masih punya ayah dan ibu...aku juga punya ramai adik-beradik..anak2 saudara..dan itulah kebahagiaan yang kurasakan...

dan lagu ini juga mengingatkan aku pada seseorang...hanya ingatan tidak lebih dari itu...seseorang yang pernah menghuni hati ini..setiap kali tibanya bulan Februari ingatan itu akan muncul kembali tanpa diundang...dan aku tidak mahu mencuba menghilangkan ingatan itu..cukuplah hanya sebuah ingatan...yang masih tinggal walaupun aku sudah melupakan sebahagiannya...entahlah..