Tuesday, January 17, 2012

hargaku bukan sekupang...

bukan...bukan aku tak sayang....sebenarnya aku sayang kamu...betul..bukan..bukan tipu...kamu bagaimana? betul kamu sayang aku? hmmm diam...sakitnya hati bila orang berdiam diri...ya pun tidak tidak pun tidak...ishhh menyampah betul!!
aku sebenarnya bukan membenci kamu..cuma kadang2 kelakuan kamu itu membuat aku berasa jengkel..kamu tahu maksud jengkel? hmmm aku rasa kamu tak tahu..betul tak? sebab kau buat2 bodoh saja bila aku bercakap dengan kamu...bukan aku tak sayang kamu..tapi rasanya kamu yang tak sayang aku....kamu cuma pandai bermain dengan perasaan aku...kamu cuma pandai untuk berjanji dan kamu cuma pandai mendiamkan diri...
sekarang ini..kalau aku tidak menegurmu dahulu..haram kamu tak tegur aku...aku bukannya mahu kamu bercerita hikayat 1001 malam yang panjang berjela-jela...cuma bertanya khabar...itupun kamu tak mampu nak buat...kalau tak ada sebab nak minta tolong...kamu harus tidak memulakan perbualan...adakah aku ini pada kamu hanya tempat untuk kau meminta tolong...? benar begitu?...sudahlah kalau begitu...akupun bukannya berharga sekupang...mungkin kamu ingat aku yang terhegeh-hegeh nak berkawan dengan kamu..maka kamu seronok nak mempermainkan perasaan aku...bukan aku kalau begitu...harga diriku terlalu mahal untuk diperlakukan sebegitu...akupun bukannya mengharapkan apa-apa dari kamu..cuma aku tak suka kalau ada orang mengetuk pintu rumahku kemudian lari bersembunyi di sebalik pokok bunga yang rendah...kamu faham apa maksudnya? hmmm aku rasa kamu tak faham..sebab kamu bodoh bila bercakap tentang perasaan...ba wau dal wau ha!! hahaha...
tapi aku selalu mengingatkan diriku sendiri...jangan benci seseorang dengan terlalu...kerana kebencian itu akan berubah menjadi sayang...mungkin juga aku tidak terlalu mebenci kamu..itulah jawapannya mengapa kamu tidak sayangkan aku...aku sudah tahu..dan aku juga tidak mahu kamu tahu yang aku sudah tahu...sungguhlah kamu sebenarnya yang berharga sekupang....selamat jalan!!

Thursday, January 12, 2012

hampa hatiku...

Benarkah telah kautemui pendamping dirimu? atau masih adakah ruang untukku bertahta di hatimu? aku tahu kau tak mungkin memilih diriku kerana antara kita terlalu banyak halangannya...jarak dan waktu memisahkan untuk menjalani kehidupan ini sendiri...bukan aku ingin memaksamu dalam membuat pilihan..namun jauh di sudut hatiku aku berharap agar kau memilih diriku..dan aku akhirnya sedar bahawa antara kita tidak akan ada jalan seiring ke alam rumah tangga..dan aku juga sedar di akhirnya nanti aku harus menjalani sisa-sisa kehidupan ini sendiri....

sendiri..mungkin lebih baik begini..tak peduli apa kata hati...biarpun..aku berendam air mata..namun takkan aku memaksa..dirimu..di sisiku....
mengapa? sebuah pertanyaan yang sering bermain di benakku...setiap kali akan adanya kekecewaan bertamu...namun di akhirnya aku sedar siapalah aku untuk bertanyakan soalan itu...mungkin kau tak pernah merasa kecewa dan hampa..dan kerana itu kau tak akan faham apa yang aku rasai...
bukan aku...kalau aku masih mengharapkan kehadiranmu..itu bukan diriku...hanya pada-MU tempat aku mengadu...KAU tenangkanlah hatiku dalam meniti sisa-sisa hidupku...dan ketika aku bersujud pada-MU aku sedar betapa kerdilnya diriku...dan aku tidak layak untuk bertanyakan soalan mengapa itu? namun aku hanyalah manusia biasa yang sering melakukan kekhilafan...ampunilah aku YA ALLAH!! kerana merasa kecewa atas kekalutan jiwa yang melanda....
.....jangan kau hampakan aku aduhai hati...

Sunday, January 8, 2012

Bila dan Bila

selain bertanya apakah lagi yang mampu idlakukan...walaupun kepenatan dalam penantian, namun kehidupan ini harus diteruskan...
bilakah akan berakhir penantian ini?
bilakah akan tamat peperangan ini?
bilakah akan ditemui sebuah kehidupa yang diimpi?
bilakah dan bilakah...semua ini akan berakhir?

aduhai hati...mengapa begitu mudah kau dipermainkan...hanya semanis kata..dan kauanggap itu adalah janji...aduhai...sejak bilakah kau begitu rapuh untuk dipatahkan...bilakah? hati...mengapakah terlalu rela kau disakiti? bukankah kita sudah berjanji untuk menjadi tidak beremosi lagi? bukankah? apakah kau sudah lupa akan kepedihan lalu..apakah kau sudah lupa akan kelukaan yang kaualami? apakah? kembalilah kau wahai hati..kembalilah kepada jalan yang dahulu yang pernah kaulalui..yang pernah kau telusuri..bersama harapan yang berbunga realiti? aduhai hati....bilakah? dan bilakah? kita akan bersatu menjadi teguh seperti besi dan ampuh umpama pualam..akan tiba masa itu..aku yakin aduhai hati yang kumiliki..kita akan teguh dan ampuh...

aduhai hati...semoga kauselamat
 dan sejahtera..kerana aku selalu akan ada bersama suka dan dukamu dan kerana kita adalah satu dalam diriku...

Tuesday, January 3, 2012

JIKA KAULUKAKAN HATIKU...

jangan pernah mungkir pada janji
jangan pernah mampir lewat hati
seandainya itu cinta
alangkah indah jika tiada dusta...

jika ini cinta
apakah nama yang akan kuberikan
setelah kuserahkan harapan
dan kauhancurkan...

jika ini cinta
jangan pernah berdusta pada hati
dan jika ini cinta
akan kubelai dengan jiwa rela...

jika kauserahkan hati
hatilah balasannya
jika kau mungkirkan janji
binasalah akhirnya...

jangan pernah berdusta
jika ini adalah cinta!!