1.
Yang
manakah yang betul,”justeru” atau
“justeru itu” ?
Jawapan : Sebenarnya
perkataan “justeru” dengan maksud “oleh itu” itu salah penggunaannya.Makna “justeru” ialah malahan atau bahkan.Misalnya: Saya tidak pernah mengkhianati
dia,justeru saya menolong dia.
2.
Ayat
yang manakah yang betul ?
1.
Buku
itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak,tetapi juga untuk orang dewasa.
2.
Buku
itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak, tetapi juga untuk orang dewasa.
Jawapan : Dalam hal
ini, kedudukan kata nafi yang berbeza itu bertujuan untuk memberikan penekanan
kepada unsur yang berbeza dalam ayat. Dalam ayat (1 ), unsur yang ditekankan
ialah kesesuaian buku itu untuk
kanak-kanak, manakala dalam ayat ( 2 ), yang diberi penekanan ialah perihal sesuainya buku itu.
Oleh
hal demikian,kedua-dua ayat betul.Namun, lebih tepat lagi jika kata penegas juga diletakkan pada akhir ayat seperti yang
berikut :
1(a). Buku itu bukan sahaja sesuai untuk kanak-kanak, tetapi
untuk orang dewasa juga.
2(a). Buku itu sesuai bukan sahaja untuk kanak-kanak,tetapi
untuk orang dewasa juga.
3.
Bolehkah
jelaskan penggunaan kata nafi bukan
dan kata
nafi tidak ?
Jawapan : Kata
nafi bukan
boleh menjadi unsur
nafi bagi frasa nama dan frasa
sendi nama.
Contohnya
:
1.
Projek
itu bukan usaha saya.
2.
Kereta
api itu bukan dari Ipoh.
Kata
nafi tidak
pula ialah unsur nafi bagi frasa kerja
dan frasa adjektif
Contohnya :
3.
Bapanya
tidak pergi ke sawah hari ini.
4.
Kenyataannya
itu tidak benar.
4.
Ejaan
yang manakah yang tepat “istirehat”
atau “istirahat” ?
Jawapan : Ejaan yang
tepat ialah istirahat.Kata tersebut
ialah kata serapan daripada bahasa Arab.Istirahat
bermaksud rehat.Manakala beristirahat bermaksud berehat.
5.
Tolong
jelaskan tentang ejaan bandaraya dan bandar raya ?
Jawapan : Dalam
bahasa Melayu, kata bandar dan raya boleh berdiri sendiri dan
masing-masing mempunyai makna. Jadi, ejaan yang tepat ialah bandar raya.
Namun, bagi kata nama Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur ialah contoh penggunaan ejaan yang salah tetapi
dikecualikan kerana telah terdaftar secara sah.Kesalahan sebegini seharusnya
dihindarkan kerana akan menimbulkan kekeliruan.
6.
Apakah perbezaan bahasa
rasmi dan bahasa kebangsaan ?
Jawapan : Bahasa rasmi ialah bahasa yang digunakan dalam
urusan rasmi kerajaan dan pentadbiran negara. Manakala bahasa kebangsaan ialah bahasa yang utama bagi
sesebuah negara yang berdaulat.
7.
Yana manakah
yang betul agung atau agong ?
Jawapan : Dalam
bahasa Melayu, mengikut hukum keselarasan vokal, vokal ‘a’
akan berpasangan dengan vokal ‘u’(a-u).
Oleh itu, kata ini sepatutnya dieja ‘agung’,
contohnya mesyuarat agung,seniman agung,pemimpin agung, tetapi ada kekecualiaan
hanya untuk Yang di-Pertuan Agong
yang menggunakan vokal ‘o’ untuk kata agong.
8.
Apakah perbezaan antara ‘memperhamba’
dan ‘memperhambakan’ ?
Jawapan : ‘memperhamba’ bermaksud menjadikan
orang
lain sebagai hamba.
Contohnya:
Encik Sabri memperhamba
Mat Timah di rumahnya.
‘memperhambakan’
pula bermaksud menjadikan diri sebagai hamba kepada seseorang. Contohnya: Hang
Tuah memperhambakan dirinya kepada raja.
9.
Apakah
fungsi bentuk penggandaan dalam bahasa Melayu ?
Jawapan : Dalam
bahasa Melayu penggandaan
mempunyai
beberapa makna.
Contohnya:
( I ) perbuatan
yang berulang-ulang:
tergelak-gelak
melambai-lambai
tersenyum-senyum
tersengih-sengih
(
ii ) perbuatan yang berpanjangan:
berangan-angan
mengata-ngata
tergila-gila
(
iii ) perbuatan yang bersungguh-sungguh:
bercerai-berai
bertungkus-lumus
memporak-peranda
(
iv ) perbuatan yang saling berbalasan:
bersalam-salaman
berpeluk-pelukan
berkasih-kasihan
10.
Mengapakah
ayat di bawah dikatakan salah ?
Pemain-pemain
bola sepak itu berkejaran antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.
Jawapan : Ayat itu
dikatakan salah kerana kata kerja yang digunakan dalam ayat tersebut perlu
ditulis seperti yang
berikut
:
Pemain-pemain
bola sepak itu berkejar-kejaran
antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.
Atau,
Pemain-pemain
bola sepak itu saling berkejaran
antara satu sama lain untuk mendapatkan bola.
Kita
perlu menulis ayat seperti di atas kerana berkejar-kejaran membawa maksud
saling berbalasan.Oleh itu, apabila kita menggunakan perkataan tersebut perlu
menulis ayat seperti dinyatakan itu.
.....bersambung