Thursday, October 28, 2010

kembalikan duniaku yang damai



mengapa aku yang harus takut?  sedangkan mereka bergembira kerana berjaya memperdaya...yang aku hairan mengapa masih ada pihak yang terus menghormati dan mendengar pendapat mereka..itulah kehairananku yang tak pernah padam dari kotak fikiran...
aku tak takut bukan kerana aku berani..aku cuma punya pendirian..punya alasan...punya beban yang tak perlu mereka bebani bersama...aku adalah diriku yang masih banyak kekurangan dan kelemahan..namun mengapa itu yang mereka gusarkan...
dalam hatiku selalu ingin mengingatkan..berhati-hati terima budi, kerana budi jangan sampai tergadai maruah diri..tak perlu aku berlawan siapa benar siapa salah..namun itu bukannya tanda aku mengalah malah aku belum lagi lelah untuk teguh berdiri..mungkin itu yang mereka irikan...mereka pernah cuba membuat aku jatuh terduduk..namun kini aku masih mampu berdiri...itulah yang mereka risaukan..aku bukan menagih kasih sesiapa tidak juga mengharap simpati mereka malah aku simpati dengan mereka yang tak pernah berasa puas selagi melihat aku masih mampu berdiri di jalanku sendiri...
apa yang aku harapkan dan berdoa selama ini hanyalah sebuah kedamaian jiwa, ketenangan rasa, kelembutan bicara, keakraban persahatan yang bertunjangkan keikhlasan semata-mata...bukan kerana dahagakan nama, kata pujian melambung...aku tak perlukan semua itu selagi aku masih ada harga diri yang tinggi...
sesungguhnya aku tidak membenci diri mereka, cuma sikap mereka yang membuat aku kecewa...hanya Allah Yang Maha Mengetahui atas segala yang terjadi....


coretan kedamaian....effiesy

No comments:

Post a Comment