Friday, January 21, 2011

panas

cuaca panas..hujan tiba2..itu yang buat jadi demam tak demam jadinya...
wah lama betul tak menjenguk blog kesayanganku ini...bukannya tak ada masa, cuma kekontangan idea..puas juga menggali-gali namun payah amat itu idea mahu bersahabat...kalau adapun cuma seperti kunang-kunang yang tampak cantik dari jauh di dahan merimbun...eh apa pula yang aku merepek ni...
ilham datang dan pergi....silih berganti..namun belum mampu singgah menjadi benih yang matang dan berbuah...tak mengapa kalau sedikit keliru..jangan sampai mengelirukan dan mengharu-birukan..dan jangan pula menjadi kelam dan akhirnya tenggelam...
berbincang tentang karya sastera zaman menjadi pelajar sekolah menengah ataupun prauniversiti...sangat menyentuh kalbu dan rasa...bisanya sampai menangis kerana penghayatan pembaca dan kebijaksanaan penulis...kenapa karya sastera kini semakin mengelirukan atau adakah kita-kita ini yang tak pandai menilai hasil seni dan terkeliru antara fakta dan fiksyen?
apa-apapun aku bangga sekali kerana orang masih mahu membicarakan karya sastera daripada penulis tersohor negara...walaupun tidak setanding Prof. Hamka atau Pramoedya Anantatur (maaf kalau disalah eja)...membaca "Keluarga Gerilya" mampu mengundang air mata dan rasa hiba..bagai terbayang keadaan kekacauan hidup sebuah keluarga miskin pada zaman perang...masih adakah karya-karya sebegitu yang boleh kita bicarakan pada waktu-waktu rehat mahupun berdiskusi di bilik-bilik kuliah?
sekarang ini..politik memainkan peranannya..karya sastera bukan dikaji kerana hasil seni yang digarap oleh penulis, sebaliknya kerana sepatah kata yang kononnya sensitif menjadi isu negara...semakin teruklah jadinya nanti....