Wednesday, November 16, 2011

Memang manusia lidah bercabang!!

semalam aku call MPM untuk bertanyakan hal surat pemeriksa kertas stpm...mendapat jawapan yang menyebabkan aku terkilan dan menaikkan darahku yang sememangnya tinggi..."nama puan tidak dicadangkan oleh ketua puan..." "kenapa?" spontan aku bertanya..."pihak kami tak tahulah sebabnya..." bla..bla...bla...
"sungguh tak kusangka rupanya dalam manis berkata-kata...ditikamnya aku dari belakang"  Aku memujuk hati supaya menerima kehendak-Nya...mungkin ada hikmah di sebalik kekecewaanku ini...tak mengapalah mungkin Si ketua ini tak mahu aku terus di dalam kumpulannya...aku tahu sebab aku lebih layak daripada dia dari segi kelulusan dan pengalaman....mungkin juga dia bimbang aku akan menggugat kedudukannya sebagai ketua! hahahaha aku memujuk hatiku sendiri....sudahlah, memang sudah tidak ada rezeki....


Aku call pula rakan sepasukan dari sekolah lamaku dulu...rupa-rupanya dia juga menerima nasib yang sama...tidaklah aku kecewa sangat kerana ada kawan untuk meluahkan rasa....kami berbual tentang sikap Si ketua tadi...kawanku berkata, "saya dengar dia cakap dulu, kalau cikgu2 tidak dipilih untuk memeriksa pada tahun depan bukanlah kerana saya meletakkan markah yang rendah kepada cikgu..." rasa nak termuntah aku mendengar ungkapan yang diulang oleh kawanku tadi....
Sesampai di rumah...hatiku masih ada saki-baki rasa kecewa dan marah dengan sikap pura-pura baik Si ketua tadi...aku SMS dia...."Salam, puan saya nak tanya mengapa saya belum dapat apa-apa surat tentang pemeriksaan kertas BM2?"  aku tunggu jawapannya.....null....aku fowardkan messege td kepada kawan yang senasib dgnku tadi...dia reply "sah2 memang dia yang tak suggest nama kita berdua...." aku reply "tak apalah kawan, dah tak ada rezeki kita...nanti kalau saya jumpa dia kat mana-mana saya nak peluk cium dia sebab dia terlalu baik ,dgn kita...."
sakit kepala.....

Pagi tadi aku bangun dengan kepala yang sangat berat...mula-mula bercadang untuk mengambil MC, tetapi teringat pula yang budak2 kelas saya akan menyusun meja untuk peperiksaan dan hari ini merupakan hari terakhir mereka bersekolah...esok dan lusa mereka dibenarkan tidak datang ke sekolah...maka tak jadilah aku MC...dengan kepala yang berat dan berdenyut-denyut aku gagahkan juga ke sekolah...lepas breakfast terus telan paracetamol 2 biji.....lega sedikit...

macam inilah rasanya sakit kepala!

kalau dapat berehat di tepi pantai alangkah moleknya...


pakai spek pun tak selesa.....









Masa nak balik tadi dapat bunga dari x-student....hilang sikit saki kepala...thanks yer narmy.....lain kali bagilah coklat pula...hehehe......tak mengapalah kalau tidak jadi pemeriksa kertaspun...maka cuti sekolah tahun ini adalah cuti paling panjang akan kulalui sejak 16 tahun menjadi pemeriksan kertas SPM(1995-2009) STPM (2011-????!!)
Lepas ini bolehlah merancang untuk bercuti ke luar negara...kerana banyaknya masa...ataupun boleh bekerja part-time( jadi penoreh getah)....hehehe....sebenarnya malam ini hatiku sudah semakin sejuk dicampur dgn cuaca hujan petang tadi...maka hujan lebat itu telah menghanyutkan semua kekecewaan dan kemarahanku ke dalam longkang dan bertakung di depan rumah Si ketua kerana longkangnya memamng tak pernah dibersihkan sejak dia menjadi ketua mafia....tersumbat dan memberikan bau busuk sebusuk hatinya!!