Tuesday, October 26, 2010

Terimalah....(sajak orang terluka)

dinginnya mendamaikan jiwa
harum subur di hati....
tenanglah jiwa....
terimalah..
walau hati tak akan puas
walau mulut berkata lepas
walau luka masih melukakan..

terimalah...
buah pahit dari kebenaran
mulut yang berkata
hati yang merana
jiwa yang bergelora...

terimalah...
walau kasih bukan galangnya
walau sakit tiada ubatnya
walau perit keadaannya...

terimalah...
kerana hati itu perlu dijaga
jiwa itu perlu tenteram
marah itu perlu dipadam
jangan sampai menjadi dendam!!


p/s:  siapalah mereka untuk membuat hatimu terluka?  siapakah mereka untuk berkata-kata dan siapakah mereka yang tahu segala rasa?

dari jiwa luka,
lama kucari....tiada di sini..
semoga hati damai di sini
effiesy-October, 26.

No comments:

Post a Comment