Thursday, October 14, 2010

Perlukah kau kembali lagi?

kelmarin bukankah engkau yang mahu memutuskan hubungan?
mengapa hari ini kau ingin kembali...
perlukah semua ini...
bagiku kau adalah sejarah semalam yang telah pudar..
bukan ingin menjulang diri..
tapi aku adalah aku
tidak akan berganjak walau seinci..
lupakah kau kata-katamu yang mengguris hati?
atau kau masih bermimpi tentang hari esok...
padamkanlah segala rasa yang ingin kau luahkan
hapuskanlah semua kenangan antara kita
ini semua harta dunia...
bukan ingin mempamer pandai
tapi aku tak akan goyah
walau segunung intan kau janjikan
walau selautan sayang kau hadiahkan
walau seribu bintang kau angankan....
aku tetap di sini bersama hati dan jiwa merdeka
takkan sekali-kali aku perhambakan diri untuk cintamu
yang telah lenyap tidak berbekas lagi...

walaupun cantik takkan mampu silaukn mataku
coretan pena~effiesy Okt. 14

rodium bknnya emas

No comments:

Post a Comment