angin
hembuskan semua kedukaan ini
biar berlalu pergi
jangan tinggalkan sedikitpun debu kehampaan
nyahkan ia dari sisiku
malam
tenangkan lenaku bersama rindu kedamaian
jauhkan aku dari api dendam
kerana aku mahu hidup lama
siang
tumpahkan cahaya mentari pagimu
pada kasihku yang semakin malap
buatku terkedu lantaran hilang kata-kata
angin malam yang menyapa
leburkan segala rasa dendam dan kecewa
kembalikan siangku yang ceria
kerana aku ingin hidup lebih lama
coretan pena, effiesy
Aku bukan penyair hebat yang mampu meruntun jiwa pembaca dengan kata-kata puitis. Aku cuma penyair biasa yang menulis bukan untuk nama.
Friday, October 29, 2010
entahlah
entahlah....
rasa macam bersalah pula..orang lain yang punya angkara, orang lain pula terkena tempiasnya...aku memang tak suka menyimpan setiap rasa yang kurasa...marah, sedih, gembira, kecewa, bahagia...namun aku juga tak mampu membenci..hatiku pernah berkata..biarkanlah..terimalah dirimu seperti dirimu..punya banyak kekurangan dan kelemahan...
entahlah...
haruskah aku memohon kata maaf kepada mereka yang tak bersalah? aku cuma mahu berhati-hati dengan mereka..bukan niatku untuk memutuskan hubungan kita sebagai teman di alam maya ini..aku cuma ingin mengambil jalan selamat untuk diriku..dan sesungguhnya aku tahu bahawa sikapku ini bererti aku seolah-olah memusuhi semua orang....
entahlah...
perlukah aku menoleh kembali kepada jejak-jejak yang kita tinggalkan di ruang maya ini...aku sebenarnya tak mahu memusuhi sesiapa..biarpun aku dibenci atau dicerca di belakangku..namun darah panas keturunan 'lanun' yang mengalir dalam tubuhnya mungkin menjadikan aku cepat panas dan mudah melenting...aku tak suka mengganggu hidup orang lain dan aku bermohon agar hidupku juga akan tenang tanpa gangguan....
entahlah...
berilah aku sedikit masa untuk mengembalikan rasa panas ini kepada keadaan biasa....
Thursday, October 28, 2010
kembalikan duniaku yang damai
mengapa aku yang harus takut? sedangkan mereka bergembira kerana berjaya memperdaya...yang aku hairan mengapa masih ada pihak yang terus menghormati dan mendengar pendapat mereka..itulah kehairananku yang tak pernah padam dari kotak fikiran...
aku tak takut bukan kerana aku berani..aku cuma punya pendirian..punya alasan...punya beban yang tak perlu mereka bebani bersama...aku adalah diriku yang masih banyak kekurangan dan kelemahan..namun mengapa itu yang mereka gusarkan...
dalam hatiku selalu ingin mengingatkan..berhati-hati terima budi, kerana budi jangan sampai tergadai maruah diri..tak perlu aku berlawan siapa benar siapa salah..namun itu bukannya tanda aku mengalah malah aku belum lagi lelah untuk teguh berdiri..mungkin itu yang mereka irikan...mereka pernah cuba membuat aku jatuh terduduk..namun kini aku masih mampu berdiri...itulah yang mereka risaukan..aku bukan menagih kasih sesiapa tidak juga mengharap simpati mereka malah aku simpati dengan mereka yang tak pernah berasa puas selagi melihat aku masih mampu berdiri di jalanku sendiri...
apa yang aku harapkan dan berdoa selama ini hanyalah sebuah kedamaian jiwa, ketenangan rasa, kelembutan bicara, keakraban persahatan yang bertunjangkan keikhlasan semata-mata...bukan kerana dahagakan nama, kata pujian melambung...aku tak perlukan semua itu selagi aku masih ada harga diri yang tinggi...
sesungguhnya aku tidak membenci diri mereka, cuma sikap mereka yang membuat aku kecewa...hanya Allah Yang Maha Mengetahui atas segala yang terjadi....
coretan kedamaian....effiesy
Tuesday, October 26, 2010
warkah buat teman
teman,
andai kata mengguris rasa, biarlah aku diam dari berbicara..hati manusia memang sukar diduga, baik paras rupa tapi hati belum tentu bercahaya. aku bukan mahu menunjuk pandai, cuma ingin bermadah menghurai rasa dan mencari makna dalam kata-kata...
teman,
kalau dulu bicaraku menggugat kedamaianmu, aku ingin memohon kata maaf walau hati tak mungkin menerimanya dengan begitu mudah, namun aku harus selalu ingat pesan orang tua bahawa memaafkan itu lebih baik daripada menyimpan dendam..dan api dendam itu sesungguhnya akan membakar diri sendiri..
teman,
andai nanti tiada lagi bicaraku di sini, bukan kerana aku membawa hati yang rajuk, tapi aku ingin mencari kebenaran dalam hatiku..aku akan sentiasa mengalah kalau itu saja cara untuk membuat kalian bermegah..aku tak akan menggugat kedudukan kalian di hati mereka kerana aku lebih kenal siapa diriku berbanding kalian...
teman,
warkah ini bukan untuk dijaja, dicerita sini dan sana, tapi aku mahu melentur ketegangan jiwa, melebur amarah yang dirasa dan melangsai hutang pada panas yang membara..aku sedar kita hanya insan biasa yang amat lemah dalam dunia yang penuh tipu dan daya..namun, selagi masih berkudrat, selagi nadi masih berdenyut..aku akan tetap di sini walaupun hanya memerhati dan mencari erti agar aku akan selalu sedar diri..
teman,
pada angin malam yang mendamaikan, ingin sekali aku menyampaikan pesan...
...usah dipujuk hati yang rajuk
...usah ditanya sebab mengapa
...usah dibalas dengan hati yang belas
...usah dijolok sarang tebuan
...usah diteka apa jawapan
...usah disapa walau berdepan
kerana akan kupujuk jiwa yang lara
akan kupulih hati yang sakit
akan kuhurai makna dikata
kerana aku hanya manusia biasa!

...usah diteka apa jawapan...usah disapa walau berdepan
kerana akan kupujuk jiwa yang lara
akan kupulih hati yang sakit
akan kuhurai makna dikata
kerana aku hanya manusia biasa!
Terimalah....(sajak orang terluka)
![]() |
| dinginnya mendamaikan jiwa |
![]() |
| harum subur di hati.... |
![]() |
| tenanglah jiwa.... |
walau hati tak akan puas
walau mulut berkata lepas
walau luka masih melukakan..
terimalah...
buah pahit dari kebenaran
mulut yang berkata
hati yang merana
jiwa yang bergelora...
terimalah...
walau kasih bukan galangnya
walau sakit tiada ubatnya
walau perit keadaannya...
terimalah...
kerana hati itu perlu dijaga
jiwa itu perlu tenteram
marah itu perlu dipadam
jangan sampai menjadi dendam!!
p/s: siapalah mereka untuk membuat hatimu terluka? siapakah mereka untuk berkata-kata dan siapakah mereka yang tahu segala rasa?
dari jiwa luka,
![]() |
| lama kucari....tiada di sini.. |
![]() |
| semoga hati damai di sini |
effiesy-October, 26.
Monday, October 25, 2010
Thursday, October 21, 2010
Hope dreams come true!
inilah kereta idamanku...suatu hari nanti...suatu ketika nanti...suatu saat nanti...
kalaupun tak dapat memilikinya cukup sekadar merasai kehebatannya...
Aduhai...
duhai hati
kembalikan ketenanganmu
himpunkan semula kerianganmu
lalu datanglah ke mari...
duhai jiwa
mengapa begitu rapuh pendirianmu
hanya sekelumit lara yang menyapa
hilang manis senyummu...
duhai hati dan jiwa
berdamailah dengan rasa
dan kembalilah pada kelembutannya
kerna hidup ini hanya sementara...
![]() |
| glasses of heart |
Khushiyaan Aur Gham Sehti Hai ( It Bears Happiness And Sadness)
Khushiyaan Aur Gham Sehti Hai =It Bears Happiness And Sadness
Phir Bhi Yeh Chup Rehti Hai =Still, It Remains Silent
Ab Tak Kisi Ne Na Jaana =No One Has Yet Learned
Zindagi Kya Kehti Hai =What Life Is Saying
Apni Kabhi To Kabhi Ajnabi =Sometimes Like Your Own, Sometimes Like A Stranger
Aansu Kabhi To Kabhi Hai Hasi =Sometimes Like Tears, Sometimes Like Laughter
Dariya Kabhi To Kabhi Tishnagi Lagti Hai Yeh To =Sometimes Like A River, Sometimes Like Thirst Is How It Seems

Khaamoshiyon Ki Dheemi Sada Hai =It Is The Soft Sound Of Silence
Yeh Zindagi To Rab Ki Dua Hai =This Life Is God's Blessing
Chhooke Kisi Ne Usko Dekha Kabhi Na =No One Has Touched And Seen It
Ehsaas Ki Hai Khushboo, Maheki Hawa Hai =It Is The Fragrance Of Experience, It Is A Scented Wind

Mann Se Kaho Tum, Mann Ki Suno Tum =Speak With Your Heart, Listen To Your Heart
Mann Meet Koi Mann Ka Chuno Tum =Choose A Soulmate From The Heart
Kuch Bhi Kahegi Duniya, Duniya Ki Chhodo =The World May Say Anything, Let Go Of The World's Thought
Palkon Mein Sajke Jhilmil Sapne Buno Tum =Adorning Them On Your Eyelashes, Foster Sparkling Dream

Dariya Kabhi To Kabhi Tishnagi =Sometimes Like A River, Sometimes Like Thirst
Lagti Hai Yeh To =Is How It Seems
Khushiyaan Aur Gham Sehti Hai =It Bears Happiness And Sadness
Khushiyaan Aur Gham Sehti Hai -It Bears Happiness And Sadness
Phir Bhi Yeh Chup Rehti Hai =Still, It Remains Silent
(Phir Bhi Yeh Chup Rehti Hai) =Still, It Remains Silent
Ab Tak Kisi Ne Na Jaana =No One Has Yet Learned
(Ab Tak Kisi Ne Na Jaana) =No One Has Yet Learned
Zindagi Kya =What Life

| ~effiesy~ |
lirik lagu dari filem Mann lakonan Manisha Koiralla dan Aamir Khan
Wednesday, October 20, 2010
warkah rindu
![]() |
| titis-titis embun begitu menyegarkan |
apa khabarmu sekarang?
benarkah begitu banyak penderitaan
yang kautanggung hingga tiada lagi ruang untukku membebanimu...
atau masihkan ada ruang walaupun sejengkal
aku bukan seperti belanda yang tak pernah cukup dan asyik meminta
diberi sejengkal mahu sehasta
diberi betis mahunya paha...
aku tidak begitu teman..
cukuplah sedikit waktu dan ruang untuk aku bertamu
menemani suka dan dukamu
aku tahu bahawa hatimu pernah terluka
dan aku tak mungkin bisa membalutinya
cuma pintaku
jangan kaulindungi laramu
kerana aku masih lagi temanmu
yang setia mendengar keluh kesahmu
yang sedia menerima buruk baikmu
yang tetap akan menangis kerana simpatiku
![]() |
| seputih kapas..begitulah rasa sayangku padamu |
teman,
benarkah telah kaupadamkan semua kisah antara kita?
telah lupakan engkau pada janji kita
bahawa kita akan tetap berteman walau beribu halangan tiba
walau jauh di mata
namun tetap di hati...
sudah lupakah engkau akan sayang yang pernah kita bina?
ke mana lagi rindumu telah kaubawa
bukankah aku masih di sini
menanti penuh setia
hingga ke akhir usia....
![]() |
| semerah mawar begitulah rindu ini mengalir dalam darahku |
![]() |
| hati kita pernah berjanji.. |
Tuesday, October 19, 2010
Luahan rasa
![]() |
| cubalah berpiknik bawah pokok macam ni.... |
Ini luahan hati saya....
Kelab guru memutuskan untuk mengadakan jamuan akhir tahun di.................alasannya susah kalau nak buat di hotel or di luar, di luar bahaya katanya..anak2 kecil bebas bermain, bimbang jatuh tercederalah..bla..bla..bla...
di hotel pula katanya sempit, tak ada ruang luas untuk anak2 bermain...hahahahha..rasa nak ketawa sekuat hati! Apa jenis alasan diberi...susah sangatkah nak berkorban untuk kami2 yang bujang trang tang2 ni? atau untuk para ibu yang belum ada anak? Kami bayar yuran sama juga tak kurang 1 sen pun!
![]() |
| atau melihat pemandangan indah macam ni... |
Carilah apa saja alasan untuk tidak hadir...baju koyak ker, lipstic patah ker, kucing nak beranak ker, kasut basah ker atau apa-apa saja yang tak masuk akal!...hehehehe
![]() |
| sejuk mata memandang, hatipun tak panas... |
![]() |
| takderlah pula minta sampai ke kutub utara! |
![]() |
| pemandangan hijau yang menyegarkan minda |
![]() |
| mendamaikan jiwa.... |
Monday, October 18, 2010
bingkisan rasa
memang benar kata orang
jika terlalu mengharap
kecewa akan jua akhirnya
dan sedikit keinginan
membuat hati berbunga
namun kecewa akhirnya
memang benar kata orang
apa guna turun ke bendang
kalau tidak dengan membawa sabit
apa guna berkata sayang
andai di hati terasa sakit
memang bernar kata orang
hidup ini penuh dugaan
permainan jiwa yang sering kalah
oleh pembohongan
dan kerana benar jugalah kata orang
kalau takut dilambung ombak
jangan berumah di tepi pantai....
nukilan rasa,
effiesy, October 18
Subscribe to:
Comments (Atom)