Tuesday, December 6, 2011

Rindu



,,,,rindu mengapa rindu hatiku..tiada tertahan..kautinggalkan aku seorang....kalau hatiku sedang rindu pada siapa kumengadu..kerna hati bertanya selalu..berlinanglah air mataku...akan kucari walau ke mana..kini aku berkelana..ke hujung dunia..engkau kucari....

bait2 lagu lama nyanyian Allahyarham Biduan Ahmad Jais...

....Oh burung nyanyikanlah..katakan padanya aku rindu....

Perasaan rindu bukanlah sesuatu yang bisa dipaksa-paksa..kadang2 ia datang secara tidak disengajakan..apakah punca yang menyebabkan seseorang itu berasa rindu?@kangen? kata seorang kenalan dari seberang "kangen berat deh.."
Menurut firasatku ada beberapa punca yang menyebabkan seseorang itu rindu...:-

1.  Disebabkan perasaan cinta, kasih dan sayang terhadap seseorang
2.  Berpunca daripada lamanya masa tidak bertemu/bersua muka
3.  Jarak yang amat jauh antara 2 individu yang sedang merindu
4.  Banyak kenangan manis bersama individu yang dirindui
5.  Individu itu banyak memberikan kata2 perangsang dsbgnya
6.  Selalu berhubung melalui SMS atau telefon
7.  Mungkin juga kerana ada janji yang diungkapkan sewaktu berpisah dahulu...

Entahkan betul ataupun tidak firasat hamba ini...
Dan beberapa sebab/punca yang menyebabkan kita tidak merindui seseorang...:-

1.  Perselisihan faham yang berlaku antara kedua-dua individu
2.  Ada perasaan dendam di hati
3.  Ada hutang dengan individu itu
4.  Hanya kenalan biasa
5.  Tiada tindakbalas kimia( ini kena tanya guru kimia)
6.  Tidak pernah/jarang sekali berSMS@calling2
7.  Ada perasaan benci@sakit hati terhadap individu berkenaan...

P/S:  hanya berdasarkan pengalaman dan pemerhatian tintamerah@ jangan marah kalau saya salah!!

Puisi rindu buat Sang Kekasih....

ada rasa yang membuai di dada
ada resah yang menerjah di jiwa
ada rindu yang bertamu di rasa
entah bilakah lagi ada pertemuan
selepas perpisahan ini
entah adakah lagi kemesraan
jika rindu tenggelam di hati...

pernah ada rasa
pernah ada cinta
namun sudah berlalu
dibawa angin sengsara
akan ada rindu
walau hanya dalam lagu
walau hanya seketika waktu
setiap kata dipegang menjadi janji
setiap madah diluah tanda memuji
dan setiap kata dan janji itu bersatu menjadi RINDU!

nukilan rasa~effie, Ipoh, 6 Disember 2011-4.13pm

No comments:

Post a Comment