Monday, December 5, 2011

kenangan lalu...flash back(2)

Pendirian saya masih belum goyah walaupun dia cuba menggoda-goda saya...hari ini terfikir yang sesungguhnya aku masih kuat berpegang pada pendirian diri...
sekadar hiasan
Selepas keputusan SPM diumumkan..result dia dan mantan kekasihnya tidaklah sebaik result saya...jadi saya berjaya meneruskan persekolhan ke tingkatan 6...dan cerita saya dan arwah syed seolah-olah sudah tiada sambungannya...namun saya salah...pernah beberapa kali saya bertembung dengan dia..malah sewaktu di hostel pernah jugalah saya 'terjumpa' dengan dia..waktu itu khabarnya dia bekerja sambilan di projek membina stesen bas KK...banyak juga kenanganku di stesen bas ini...saya seolah pernah terdengar suara dia menegur saya bertanya khabar...'apa khabar sayang'...hmmm memang dia belum berputus asa...saya masih tidak ada hati untuk menerima 'cinta' dia tapi saya dapat merasakan kasih sayangnya!

senyuman manis


Selepas 2 tahun belajar di KK saya melanjutkan pelajaran ke universiti...maka semakin jauhlah jarak antara saya dengan arwah syed...cuma pernah sekali waktu saya balik bercuti semester saya terserempak dengan dia di pekan SS...waktu itu dia sudahpun berkahwin...khabarnya dengan saudara jauh dia...kalau tak silap saya, waktu saya terserempak dengan dia, dia bersama seorang budak kecil...mungkin anak dia...masa itu saya yang menegur dia..dia hanya tersenyum...saya tak tahu apa yang tersirat di sebalik senyumannya itu..tetapi yang pasti saya tidak pernah melupakan dia!!
Sampai sekarangpun saya masih mengingati dia walaupun dia sudah lama meninggalkan dunia ini....waktu saya mendapat berita yang dia sudah meninggal dunia daripada seorang mantan guru kami..saya terkejut dan seolah-olah tidak percaya...cerita guru itu yang arwah meninggal dunia kerana kemalangan jalan raya...dia menunggang motosikal...kejadian berlaku di bandar KK...

Perasaan saya berbaur dengan rasa sedih dan tidak percaya...saya berfikir sejenak...kalaulah saya terima cintanya dulu..adakah saya yang akan ditinggalkan menjadi balu?
Sampai sekarang saya sudah tidak tahu apa-apapun tentang kisah hidupnya yang ditinggalkan..keluarganyapun saya tidak pernah berjumpa lagi...



Walaupun cerita ini semacam cerita kartun tetapi bagi saya itulah kenangan terindah dalam hidup....
catatan tintamerah: kepala masih sakit kerana tidak cukup tidur....

No comments:

Post a Comment