Saturday, December 17, 2011

Aku tak akan bersuara

.....izinkan aku hanya mencoret dengan tinta merah ini..maafkan aku seandainya aku tak mampu lagi untuk bersuara...i'm so tired to trying at all....
biarlah malam menjadi teman setiaku..
bukan aku tak mahu untuk meneruskan, cuma aku tak mampu lagi untuk bertahan...bukan aku tidak punya kesabaran, namun tahap kesabaran itu telah melampaui batasnya..cuma yang masih ada hanyalah secebis keyakinan bahawa suati hari nanti akan ada sinar yang menerangi jalanku...walaupun hanya cahaya bintang di malam hari...
...bukankah aku telah mencuba? dan aku tidak mahu meneruskannya lagi..biarlah aku di jalanku walau tiada sesiapa yang mahu menemani...kalau hanya aku yang mencuba dengan dayaku yang makin melemah..apakah hasilnya? ingin sekali aku tanyakan padamu...tidakkah engkau juga telah mencuba dengan dayamu yang gagah? hanya Tuhan saja yang tahu apa yang tersirat di hatimu dan aku tahu apa yang tersirat di hatiku!!
walaupun dilindung awan kau tetap akan bersinar
...dan kerana kelesuan yang bersarang..dan kebenaran yang ternyata, maka aku tidak akan bersuara lagi untuk sekadar mendambakan kasihmu yang entahkan ikhlas atau hanya sekadar di bibir saja...bukan aku berdendam terhadapmu..cuma aku merasakan yang masa untuk aku terus berharap sudah sampai ke penghujungnya...hanya maaf yang kupinta seandainya aku tidak akan lagi bersuara untuk cintamu!!
...hanya aku dan malam yang memang serasi bersama...malam dan bintang-bintang di langit menjadi penyeri hidupku kini...kerana malam tak akan pernah mendustai...dan bulan akan selalu menyinari pada malam dan bintang yang akan sentiasa memagarinya tanpa jemu...
di sini tiada kedukaan
indahnya cahayamu wahai bintang malam
kau penyeri wajah purnama
tintarasa: effie-18 Disember 2011~Ipoh, Malaysia

No comments:

Post a Comment