Tuesday, January 17, 2012

hargaku bukan sekupang...

bukan...bukan aku tak sayang....sebenarnya aku sayang kamu...betul..bukan..bukan tipu...kamu bagaimana? betul kamu sayang aku? hmmm diam...sakitnya hati bila orang berdiam diri...ya pun tidak tidak pun tidak...ishhh menyampah betul!!
aku sebenarnya bukan membenci kamu..cuma kadang2 kelakuan kamu itu membuat aku berasa jengkel..kamu tahu maksud jengkel? hmmm aku rasa kamu tak tahu..betul tak? sebab kau buat2 bodoh saja bila aku bercakap dengan kamu...bukan aku tak sayang kamu..tapi rasanya kamu yang tak sayang aku....kamu cuma pandai bermain dengan perasaan aku...kamu cuma pandai untuk berjanji dan kamu cuma pandai mendiamkan diri...
sekarang ini..kalau aku tidak menegurmu dahulu..haram kamu tak tegur aku...aku bukannya mahu kamu bercerita hikayat 1001 malam yang panjang berjela-jela...cuma bertanya khabar...itupun kamu tak mampu nak buat...kalau tak ada sebab nak minta tolong...kamu harus tidak memulakan perbualan...adakah aku ini pada kamu hanya tempat untuk kau meminta tolong...? benar begitu?...sudahlah kalau begitu...akupun bukannya berharga sekupang...mungkin kamu ingat aku yang terhegeh-hegeh nak berkawan dengan kamu..maka kamu seronok nak mempermainkan perasaan aku...bukan aku kalau begitu...harga diriku terlalu mahal untuk diperlakukan sebegitu...akupun bukannya mengharapkan apa-apa dari kamu..cuma aku tak suka kalau ada orang mengetuk pintu rumahku kemudian lari bersembunyi di sebalik pokok bunga yang rendah...kamu faham apa maksudnya? hmmm aku rasa kamu tak faham..sebab kamu bodoh bila bercakap tentang perasaan...ba wau dal wau ha!! hahaha...
tapi aku selalu mengingatkan diriku sendiri...jangan benci seseorang dengan terlalu...kerana kebencian itu akan berubah menjadi sayang...mungkin juga aku tidak terlalu mebenci kamu..itulah jawapannya mengapa kamu tidak sayangkan aku...aku sudah tahu..dan aku juga tidak mahu kamu tahu yang aku sudah tahu...sungguhlah kamu sebenarnya yang berharga sekupang....selamat jalan!!

No comments:

Post a Comment