Sunday, January 8, 2012

Bila dan Bila

selain bertanya apakah lagi yang mampu idlakukan...walaupun kepenatan dalam penantian, namun kehidupan ini harus diteruskan...
bilakah akan berakhir penantian ini?
bilakah akan tamat peperangan ini?
bilakah akan ditemui sebuah kehidupa yang diimpi?
bilakah dan bilakah...semua ini akan berakhir?

aduhai hati...mengapa begitu mudah kau dipermainkan...hanya semanis kata..dan kauanggap itu adalah janji...aduhai...sejak bilakah kau begitu rapuh untuk dipatahkan...bilakah? hati...mengapakah terlalu rela kau disakiti? bukankah kita sudah berjanji untuk menjadi tidak beremosi lagi? bukankah? apakah kau sudah lupa akan kepedihan lalu..apakah kau sudah lupa akan kelukaan yang kaualami? apakah? kembalilah kau wahai hati..kembalilah kepada jalan yang dahulu yang pernah kaulalui..yang pernah kau telusuri..bersama harapan yang berbunga realiti? aduhai hati....bilakah? dan bilakah? kita akan bersatu menjadi teguh seperti besi dan ampuh umpama pualam..akan tiba masa itu..aku yakin aduhai hati yang kumiliki..kita akan teguh dan ampuh...

aduhai hati...semoga kauselamat
 dan sejahtera..kerana aku selalu akan ada bersama suka dan dukamu dan kerana kita adalah satu dalam diriku...

No comments:

Post a Comment