Wednesday, November 21, 2012

Bomoh Keparat!!!

Pengajarannya:  Janganlah mudah sangat percaya dengan perubatan 'bomoh-bomohan' ni..wahai kaum wanita..mengapalah lemah sangat!!??

Pengalamanku sendiri...pernah juga mencuba perubatan ini...mujurlah tidak berlaku apa-apa..kononnya perubatan menggunakan ayat-ayat al-Quran..mengapa nak mempermainkan kesucian Al-Quran...andai benarlah fasih sangat membaca ayat2 suci al-Quran, adalah lebih baik menjadi guru al-Quran..memang sejak dulu lagi aku tak pernah percayakan perubatan sebegini..cuma pernah mencuba setelah didesak berkali-kali..kononnya nak mempercepatkan jodoh..kalau Allah S.W.T dah tentukan sejak azali lagi..mengapa harus meminta bantuan bomoh?  Mohon dan pintlah saja dari-Nya..Allah Maha Mengetahui segala-galanya..apa yang penting jangan berhenti berdoa dan berharap..andai tiada juga ketemu jodohnya..REDHA sahaja..itu lebh baik dan menenangkan jiwa...

Janganlah kerana belum bertemu jodoh, kita jadi kecewa sangat2..semua itu ditentukan oleh Yang Maha Kuasa..mengapa pandangan masyarakat kita ni terlalu serong?  Kalau wanita ANDALUSIA tak berkahwin, macam2lah tuduhan dilemparkan..apa mereka fikir kita tiada perasaan?  Apa-apapun JANGAN JATUHKAN MARUAH SENDIRI!!  Jagalah tingkah laku dan yang lebih penting sayangilah diri sendiri..bagiku KELUARGAku adalah segala-galanya..kalau ibu bapaku sendiri tak bising2, kenapa orang lain pula yang susah hati??


Catatan pengembara~effie~21/11/12....
..dan akan kuabadikan kenangan terindah ketika cinta mekar di hati....bukan kerana cinta manusia sahaja yang menjadikan kita hidup bahagia...

No comments:

Post a Comment