Saturday, October 13, 2012

Mantapkan tatabahasa anda-khas untuk pelajar-pelajar tingkatan 6 SMKDMK

Untuk pelajar-pelajar tingkatan 6

Kemusykilan Bahasa
1.               Yang manakah yang betul penggunaan bahasanya ?
(a)   Beliau sedang menerangkan tentang faedah berjimat cermat,atau
(b)  Beliau sedang menerangkan faedah berjimat cermat.

Jawapan          :           Kata kerja transitif harus diikuti terus oleh
objek.Oleh hal yang demikian,ayat yang   betul  ialah ayat (b).

2.               Adakah penggunaan “sehubungan dengan itu betul ? Bagaimanakah dengan “sehubungan itu” ?

Jawapan          :           Kita harus melihat apakah erti
sehubungan”.Erti “sehubungan” ialah “sama hubungan”.Kerana itu,”sehubungan dengan itu” bermaksud sama hubungan dengan itu”.Kerana itu jugalah,”sehubungan itu” salah kerana tidak bermakna.

3.               Yang manakah betul,”berpeleseran” atau berpelesiran

Jawapan          :           Yang betul ialah berpelesiran.

4.               Adakah perkataan memperbaiki betul ?

Jawapan          :           Dalam bahasa Melayu,salah satu fungsi
imbuhan memper- adalah untuk mengungkapkan maksud “menjadikan lebih lagi”. Apabila kita gunakan “memperbaiki”,itu bermakna kereta itu sudah baik tetapi kita hendak menjadikannya lebih baik lagi.Oleh itu,perkataan yang sesuai ialah”membaiki”

5.               Apakah sebabnya perkataan ternak dan terjemah apabila ditambah dengan imbuhan me- menjadi menternak dan menterjemah ?Bukankah huruf t harus dihilangkan seperti tulis menjadi menulis”.

Jawapan          :           Jika mengikut peraturan pengimbuhan dalam bahasa Melayu,huruf t’ memang harus dihilangkan apabila perkataan-perkataan yang bermula dengan huruf tersebut diberi imbuhan awalan me-.Namun begitu,bagi sesetengah perkataan seperti ternak dan terjemah sudah luas penggunaannya dan dianggap betul.Satu lagi contoh seumpama ini ialah perkataan percaya”.Apabila diberi imbuhan me-,bentuk terbitan yang betul seharusnya memercayai”.Tetapi kita tidak pernah mendengar orang menggunakan memercayai melainkan mempercayai sahaja.Oleh itu,ada kekecualian bagi beberapa perkataan tertentu.

6.               Saya sering keliru tentang penggunaan adalah”.Bilakah kita boleh menggunakannya? Apakah pedoman yang dapat kita gunakan dalam hal ini ?

Jawapan          :           Dalam ayat, penggunaan ‘adalah’ hanya boleh, diikuti oleh kata sendi dan kata sifat.Ada kalanya,kataadalah tidak perlu hadir dan digunakan sebagai penegas sahaja.Misalnya :

(a)   Satu lagi usaha yang akan dijalankan adalah untuk menerbitkan risalah yang akan disebarkan kepada orang ramai.
(b)  Keputusan panel hakim adalah muktamad.

Dalam ayat (a) adalah perlu ada tetapi dalam ayat (b) penggunaannya hanya sebagai penegas dan boleh ditiadakan.

7.               Bolehkah ini kerana digunakan dalam ayat semasa membuat karangan atau rumusan ?

Jawapan          :           Penggunaan ini kerana” timbul sebagai akibat pengaruh struktur bahasa Inggeris This is because… Ayat yang lebih baik diungkapkan seperti yang berikut :

      Hal ini demikian kerana …



8.               Adakah penggunaan oleh kerana dalam ayat di bawah
betul “?
Oleh kerana merokok adalah salah satu gejala…

Jawapan          :           Perkataan kerana tidak perlu didahului oleh “oleh”.Sepatutnya kita gunakan kerana sahaja ataupun oleh sebab sebagai kata hubung.Perkataan sebab tergolong sebagai kata nama dan perlu didahului oleh oleh untuk dapat berfungsi sebagai kata hubung.

9.               Ada pendapat mengatakan bahawa penggunaan Para hadirin dan Para hadirin sekalian betul.Mengapakah kedua-duanya dianggap betul ?

Jawapan          :           Dalam bahasa Melayu, kata nama yang sudah dijamakkan tidak boleh didahului oleh kata penanda jamak lagi.Oleh hal yang demikian, salahlah kalau kita katakansemua pelajar-pelajar,” sekalian murid-murid”,”sekalian para hadirin dan sebagainya.Dalam contoh-contoh yang diberikan,”pelajar-pelajar”,”murid-murid dan para hadirin sudah merupakan kata jamak dan tidak perlu diberi penanda jamak lagi.
Walau bagaimanapun, penanda jamak yang datang sesudah kata jamak tidak salah dalam bahasa Melayu,malah boleh dianggap sebagai penegas.Itulah sebabnya kita boleh mengatakan,misalnya pelajar-pelajar semua”,”murid-murid sekalian”,”para hadirin sekalian”,”tuan-tuan dan puan-puan sekalian, dan sebagainya.

10.            Ada dua  jenis penggunaan pun dalam bahasa Melayu.Bilakah kita harus menjarakkan penggunaan perkataan pun dan bila pula harus kita mendekatkan perkataan pun dengan perkataan yang mendahuluinya.

Jawapan          :           Dalam bahasa Melayu, ada 13 perkataan yang telah ditetapkan ejaannya supaya ditulis serangkai dengan pun”,iaitu :

Adapun, andaipun, biarpun, kendatipun, mahupun, sekalipun, walaupun, ataupun, bagaimanapun, kalaupun, lagipun, meskipun, sungguhpun.

Walau bagaimanapun, pun yang bererti juga ditulis terpisah.

......akan bersambung

No comments:

Post a Comment