Friday, October 7, 2011

The Lovely Bones

Menonton filem 'The Lovely Bones" sungguh menyayat hati dan menyentuh perasaan....filem ini akan diingat walaupun sudah lama ditayangkan...Adakah filem2 kita mampu menyentuh hati penonton?  Bagaimana mahu menjana minda masyarakat kita kalau disogokkan dengan lambakan filem2 kurafat dan tahyul?  Filem cinta hingusan yang tidak berpijak di bumi nyata....kalau suatu ketika dahulu kita selalu menganggap filem2 bollywood yang sebegitu..Namun hari ini filem bollywood juga sudah jauh meninggalkan kita...mereka juga sudah berjaya mengangkat filem mereka ke persada dunia...sudah banyak filem yang dihasilkan mampu menyentuh perasaan..cinta akan negara dan bangsa...Filem kita masih bertahan dengan "Bukit Kepong", "Sarjan Hassan", "Embun" dan beberapa lagi...tidak ada yang baharu..kalau hampir nak menyambut Hari Kebangsaan, filem2 inilah yang ditayangkan...bukannya 'Hantu Bonceng", "Karipap2 Cinta", "Bini-biniku Gangster"dan entah apa2 lagi yang jauh daripada menyentuh jiwa bangsa dan tanah air....Sampai bila masyarakat kita mahu berkhayal menjadi kaya....sifat dengki-mendengki...menggunakan kepandaian ilmu hitam untuk menjatuhkan orang lain..meraih cinta dan sebagainya yang terlalu melarat untuk mengundang kita berfikir secara kreatif dan kritis....














Sekianlah luahan rasa kecewa hanba....

No comments:

Post a Comment