Sunday, October 2, 2011

Harga sedikit masa...





Bukannya teman nak marah sangat..cuma sikap yg menyebabkan teman rasa 'budak2' sekarang ni yg tidak tahu membezakan 'sibuk' dgn 'menyibuk'...walaupun dari akar kata yang sama, namun ia jauh berbeza...Teman cuma nak meluahkan rasa..bukannya apa..semoga ke depan ini 'budak2' ni sedarlah bahawa mereka cuma baru merasa makan garam, jadi kenalah ada rasa hormat kepada 'senior2' yang dah tak larat nak makan garam....pelbagai rencah telah kami rasa bukan setakat secubit garam cuma...antara sikap 'budak2' ni yang nak teman tegur:
tempat orang ramai2 macam ni, janganlah buat hal sendiri!

1.  Kalau di tempat awam yang ramai ada di sana(contohnya di tempat makan), janganlah buat tak endah kehadiran orang lain..kalaupun nak bercerita benda2 secret, jangan depan orang ramai berbisik-bisik..tak elok sgt perangai tu..(sok..sek..sok..sek) isshh sakit mata teman nengoknya...
Udah rupa ini, saper nak suka 
2.  Kalau berselisih di jalan jangan 'menonong' jer, dah tu tarik muka masam...apa kamu ingat kamu jer yang ada masalah dunia?
3.  Kalau berjanji jangan sengaja lupa atau buat-buat lupa...kononnya sibuk...sesibuk manapun pandailah membahagi masa..itulah orang suruh berguru betul2, tapi sekadar di mulut...di jiwa? kosong....hampehh!!
4.  Kalau nak senyum, biarlah ikhlas...jangan senyum tawar@pahit....tak gemo bebeno teman nengoknya...banyak masalahpun jangan dibawa ke tempat kerja...senyum itu satu sedekah yang paling mudah untuk mendapat pahala!!

Sebenarnya banyak juga teman nak himpunkan teguran kat sini tapi cukuplah dulu....esok-esok kalau 'deme2' tu buat lagi perangai macam ni..akan teman 'sound' cantik2 punya...

Sekian sekadar renungan bersama...yang kurik itu kendi, yang merah itu saga, yang elok itu budi, yang indah itu bahasa....! Tidak ada ruginya kalau menjaga budi bahasa...Budi bahasa itu melambangkan bangsa...jangan sampai bangsa kita dicemuh kerana perangai 'tak elok' 'budak2' hingusan ini.....

No comments:

Post a Comment