Thursday, November 25, 2010

Salam

Salam untuk semua...lama banget tak menjenguk 'rumah' baru ini...walaupun baru dihuni, namun ia sudah seperti darah yang mengalir dalam urat nadi...walau tiada cerita walau tiada berita, namun sesekali harus juga menjenguk..melihat adakah sudah tinggi berdiri lalangnya..atau sudah menimbun berinci-inci sawangnya...
kelmarin sewaktu menyambut Aidiladha, walaupun serba sederhana namun amat bermakna sekali rasanya...walau tak ramai adik-beradik yang menyambut bersama-sama, namun kemeriahan tetap dirasa..semuanya bergantung pada Ha Alif Ta Ya!!=HATI...bangun awal untuk mandi dan menunaikan solat sunat Aidiladha dan kemudian menziarah pusara arwah nenda dan kakanda tercinta sudah menjadi kemestian pada setiap lebaran bertamu...
walau ada sendu pada setiap kali 'lawatan' namun doa masih tidak putus buat mereka..semoga aman dan tenteramlah mereka di alam sana!!  memang sedih buat kami yang masih tinggal, namun KEMATIAN itu adalah sesuatu yang PASTI!! itu janji-NYA...mereka sudah mendahului kita...jangan kita berkeluh-kesah..kerana itulah janji Allah kepada kita..manusia dan dunia ini hanya pinjaman dan sementara!!  Tiada yang akan kekal menghuni dunia ini melainkan YANG MAHA BERKUASA..ALLAH S.W.T.
mengingati kematian itu satu kewajipan buat kita manusia....semoga kita selalu diberi kesedaran dan keinsafan untuk menjadi manusia berguna selagi nyawa dikandung badan..selagi roh masih menghuni jasad dan selagi akal masih berada di landasan kewarasan...apa sangatlah dengan dugaan yang kecil...menjadi adat kalau kita 'kalah' kerana 'kemenangan' itu hanyalah di akhirat nanti...cuma kita jangan sekali-kali mengalah pada tuntutan nafsu!!
merakam kenangan di Aidiladha yang lalu

No comments:

Post a Comment